Pages

Sunday, February 2, 2014

Bengkel HIRARC Peringkat CICT Bagi Tahun 2013

Pada 30 Disember 2013, Pihak Jawatankuasa OSHE Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) dengan kerjasama pihak Unit OSHE UTM yang diwakili oleh Encik Ab Hanan bin Md Basri sebagai penceramah dan fasilitator telah mengadakan Bengkel HIRARC di Bilik Mesyuarat Utama (CICT). Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pengetahuan asas bagaimana untuk mengenalpasti hazard (bahaya) dan menganalisis risikonya di tempat kerja. Kaedah ini dapat membantu dalam merancang, memantau dan menyediakan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil terhadap hazard yang mungkin berlaku semasa menjalankan tugas seharian. Setelah penerangan mengenai HIRARC diberikan, peserta dibahagikan mengikut kumpulan dan memeriksa kawasan tertentu yang diberikan bagi mengenalpasti hazard yang wujud di kawasan kerja tersebut. Kemudian, hazard tersebut akan diambil gambar sebagai bukti dan dianalisis seperti kesan atau akibat, kebarangkalian akan berlaku, tahap keterukan dan risiko jika ia berlaku serta langkah kawalan yang perlu diambil. Segala analisis dan perbincangan dalam kumpulan dimasukkan dalam satu slaid persembahan dimana setiap kumpulan telah membentangkan hasil perbincangan mereka kepada kumpulan lain untuk melihat kefahaman mengenai HIRARC pada setiap kumpulan disamping kesemua pendapat dan cadangan dikongsi bersama untuk membaiki kekurangan di CICT. Diharapkan hasil perbincangan dalam bengkel ini akan dapat dilaksanakan bersama bagi mewujudkan persekitaran selamat di CICT. Bengkel HIRARC tamat pada pukul 5.15 petang dengan sedikit jamuan ringan telah disediakan.